29 Aug 2011

Khasiat Peluk Isteri (yang sudah berumahtangga)


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan ist erin ya menurunkan berat badan digalakkan peluk ist erin ya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

28 Aug 2011

Jangan Tinggalkan 24 Perkara Ini


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui

27 Aug 2011

7 Sifat Syaitan Yang Patut Dicontohi


Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi. Cekidaut!!~~

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).

3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.

5. Genius
Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.

6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.

7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.
Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama.

24 Aug 2011

Wahai Muslimah

Membuka aurat itu mudah
Tapi untuk menjaganya dan menutupnya
Teramat payah
Namun sebenarnya,
Kita tak sedar bila membukanya
Adalah berdosa berbanding menutupnya
Percayalah wahai muslimah
Dirimu cantik dan menawan
Pabila bertudung dan menutup aurat
"kerana dirimu,begitu berharga."

'Cuba Pakcik Telefon Allah! Saya di Neraka ke Berapa...'


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.
Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.
Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.
Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata
"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."
Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab: "Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa." Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.
Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.
Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati...

22 Aug 2011

Indahnya Ramadhan


Indahnya Ramadhan
Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."

21 Aug 2011

Cara Rasulullah S.A.W Menjalinkan Persahabatan


Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.
 Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." [Hadis riwayat al-Baihaqi]
Rasulullah S.A.W juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."
Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." [Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi]
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:  �I-und-image: initial; background-origin: initial; border-bottom-width: 0px; border-color: initial; border-left-width: 0px; border-right-width: 0px; border-style: initial; border-top-width: 0px; font-size: 12px; margin-bottom: 15px; margin-top: 15px; outline-color: initial; outline-style: initial; outline-width: 0px; padding-bottom: 0px; padding-left: 0px; padding-right: 0px; padding-top: 0px;">
 2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." [Hadis riwayat Muslim]
 3) Membantu kawan ketika kesempitan 
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Begitulah antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa

20 Aug 2011

Muslimah Sejati

Dengan kecantikanmu,
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu,
Dipancari nur iman yang hakiki.
Dengan akhlakmu,
Kau lebih wangi daripada segala haruman,
Lebih indah daripada segala perhiasan,
Perhiasan dunia.
Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi daripada rembulan,
Walau hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung.
Setinggi bintang berkerlipan,
Indah nian menghiasi malam.
Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus daripada rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Namun hadir ketegasan dalam kelembutan itu,
Engkaulah muslimah sejati..


Nukilan Minda dari Aisyah Humaira

seloka untuk warga FACEBOOK


Seloka FB
Ada kisah yang ingin ku kongsi,
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon
Google search dengan sendiri.
Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak di hujung jari.
Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.
Bagusnya jika bijak menggunakan FB,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.
Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.
Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti.
Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?
Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata
update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?
Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di
status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri.
Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!
Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan 
status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.
Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan
 link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi.
Wahai Muslim Mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi.
Sampai di sini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi.
Maaf andai ada yang terhiris hati,
Aku sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah
ya akhi wa ukhti,
Hingga kita bertemu lagi.

Allah S.W.T Menolak 1 Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W


'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak);
Kesimpulannya:
Saudaraku,
Apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam sendiri, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang.
Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita? Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu? Bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.
Wallahualam...