Kehidupan sebagai
manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada
yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal
boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja.
Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang
lain dan persekitarannya.
Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak
dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun,
tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya
sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat
sedemikian dengan mudah membawa syirik.Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada
first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di
sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal
yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan
diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa,
bertemu doktor itu PERLU.Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit
fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya
berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam
dan makhluk, Maha Penyembuh.Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari
hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca,
cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه
بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ
شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan
(sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil
membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia,
sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang
kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali
penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن
أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ
كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan
untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu
meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak
iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,
daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata
dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت
؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ
شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ
أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w
dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi
" Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang
mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan
setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau
disembuhkan"Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat
sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له
رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا ,
وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada
Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam,
lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu
merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali
: " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah
menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه
الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa
melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang
dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada
Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu".
Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit
tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan
penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah
An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis
nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh.
Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya.
Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan
dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran
dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal.
Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana
kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak
dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun,
tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya
sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat
sedemikian dengan mudah membawa syirik.Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada
first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di
sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal
yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan
diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa,
bertemu doktor itu PERLU.Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit
fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya
berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam
dan makhluk, Maha Penyembuh.Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari
hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca,
cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا
إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ
الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماًErtinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan
(sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil
membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia,
sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang
kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali
penyakitnya"( Riwayat Muslim)كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين
ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ
التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه
البخاري)Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta
perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu
bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan
Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna,
daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki
& hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا
محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ
يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ
بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَErtinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w
dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi
" Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang
mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan
setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau
disembuhkan"Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat
sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له
رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا ,
وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada
Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam,
lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu
merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali
: " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah
menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله
فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ
يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa
melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang
dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada
Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu".
Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit
tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan
penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah
An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari
hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh.
Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya.
Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
No comments:
Post a Comment